Muka Surat

Friday 13 March 2015

Amalan hebat di hari Jumaat (Sayyidul Ayyam)

Perkongsian tuk saling mengingati diri sendiri dan kawan² semua. Semua sedia maklum hari jumaat nie byk kejadian yang hebat² dihari jumaat nie, sbb tu hari jumaat nie digelar hari yang paling mulia disisi Allah SWT. Antara kejadian besar itu:
  • Hari dijadikan Adam AS
  • Hari Baginda Adam AS diturunkan dari syurga ke bumi
  • Hari baginda Adam AS wafat
  • Hari dimana Allah megurniakan satu saat untuk dikabulkan doa² kte
  • Hari akan terjadinye Kiamat
Dan di Hari Jumaat ini ada beberapa amalan sunnat yang boleh kte amalkan. Antara amalan² tersebut ialah:
  • Memotong kuku, mandi sunat Jumaat, mencukur kepala, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan memakain pakaian yang bersih. Terdapat ganjaran yang besar bagi yang memotong kuku sebelum fardhu Jumaat iaitu "Allah akan menyembuhkannya dari penyakit dan memberikannya keselamatan".
  • Membaca surah Ali-Imran. Sabda Rasulullah SAW,"Sesiapa yang membaca surah Ali-Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu".
  • Membaca surah Al-Kahfi. Sabda Rasulullah SAW,"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara 2 Jumaat".
  • Berselawat ke atas Rasulullah SAW, Sekali kte berselawat keatas Baginda Allah akan memberi rahmat 10 kali ganda.
  • Membaca Yassin pada malam Jumaat, Allah akan mengampunkan dosa² kecil yang telah dilakukan oleh kte.
  • Solat Jumaat, Sesiapa yang mendirikan solat Jumaat; antara Jumaat ke satu Jumaat berikutnye, Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda:
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama: Dia umpama berkorban seekor unta
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua: Dia umpama berkorban seekor lembu
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat ketiga: Dia umpama berkorban kibas
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat: Dia umpama memberi hadiah seekor ibu ayam
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kelima: Dia umpama memberi hadiah sebijik telur
    * Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku cacatannya dan ikut mendengar khutbah.Maka sesiapa yang hadir selepeas itu untuk solat Jumaat seolah-olah dia hadir semata-mata solat sahaja.
  • Kebanyakan ulama berpendapat, makbulnya doa yang dibaca diantara 2 khutbah iaitu pada ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
  • Memperbanyakkan sedekah di hari Jumaat. Sedekah pada hari Jumaat lebih mulia dibandingkan dgn hari² lain.
Wallahu a'lam...

Saya berkongsi untuk diri saya dan kawan²semua.....kalau ada kesilapan harap dimaafkan...Sebelum tamat, jom kte ziarah koleksi baju kurung kanak² Riana Little Cuties....dan akhir kata, selamat beramal dan selamat membeli....ahaks.

No comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak... Jemput datang lagi ;)

Click Meeeeeee

Best blog diorg nie...Jom terjah!

Sumber BW saya yang utama ;)